DramaSlot Akasia TV3

Drama Perisik Cinta Tak Diundang

Sinopsis Perisik Cinta Tak Diundang

Mengisahkan tentang Medina Mikayla yang tinggal bersama ibunya, Mak Tah dan adiknya, Anida di sebuah kampung. Medina ialah seorang graduan kulinari yang bercita-cita mahu menjadi seorang cef yang berjaya. Dia menjual nasi lemak dan kuih muih di kampung sementara mencari pekerjaan.

Niyaz Aqasha telah bercuti ke resort milik ayahnya Tuan Muhsin di kampung Medina. Mereka sekeluarga menyambut ulang tahun perkahwinan Tuan Muhsin dan Puan Rogayah di situ. Niyaz dan Medina telah berkenalan secara tidak sengaja di kampung. Selepas itu, mereka sering terjumpa. Namun, pelbagai peristiwa lucu telah berlaku antara mereka.

Tuan Muhsin yang berkenan dengan masakan Medina telah mengambil Medina untuk bekerja di restorannya di KL. Niyaz terkejut. Tuan Muhsin suruh Niyaz menguruskan restoran itu dan boleh mengenali Medina. Niyaz memberi syarat dia nak ‘merisik’ perangai dan hati budi Medina dulu. Niyaz juga meminta Tuan Muhsin merahsiakan identitinya dan hanya mahu menjadi pekerja biasa di situ.

Medina kemudian bekerja di restoran Tuan Muhsin. Begitu juga dengan Niyaz. Di sana mereka mula mengenali antara satu sama lain dan semakin rapat. Medina juga memutuskan hubungan dengan teman lelakinya, Firas (Hafidz Roshdi) kerana sikap barannya yang susah dikawal. Pada masa yang sama, Tuan Muhsin telah masuk meminang Medina untuk Niyaz. Tanpa sengaja, Medina telah tersarung cincin lamaran Tuan Muhsin.

Medina terkejut apabila mengetahui itu adalah cincin lamaran untuknya sebab dia tidak bersedia menerima lamaran keluarga Tuan Muhsin itu. Lagipun dia tak kenal siapa anak Tuan Muhsin. Walaupun tidak sengaja, Mak Tah mengatakan itu adalah tanda Medina sudah terima lamaran selepas menyarung cincin itu. Apakah akan terjadi selepas itu?

Pelakon Perisik Cinta Tak Diundang

Andi Bernadee, Shiha Zikir, Hafidz Roshdi, Wani Kayrie, Norish Karman, Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Jabir Meftah, Bella Astillah, Enot, Shamsul Ghau Ghau, Norish Karman, Nuralis, Amanda Misbun, Dynas Mokhtar, Qasehku Effa Al Habshee, Nurin Atiqah, Didi Astillah, Muaz, Meel Yahya, Rayyan Nur Iman

Drama Perisik Cinta Tak Diundang

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 21 September 2021
Hari: Isnin–Ahad, 7.00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button