DramaViu

Drama Nafsu

Drama Nafsu akan ditayangkan pada 27 Jun 2024 di Viu.

Sinopsis Nafsu

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Sam menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsanya adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itu, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan.

Namun hakikatnya, Sam mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tetapi dia menolak kepercayaan itu kerana padanya ia adalah satu sumpahan.

Apabila Dina, bekas kekasih Sam, datang meminta pertolongan mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya bagi membantu Dina.

Kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti.

Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan.

Pelakon Nafsu

Kamal Adli, Azira Shafinaz, Aqasha, Khayrisyah Kemal, Nia Atasha, Zaii Omar, Ellie Suriaty, Vanidah Imran, Fahrin Ahmad, Riezman Khuzaimi, Rosdeen Suboh, Yusuf Bahrin, Steve Yap, John Bear

Drama Nafsu

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 27 Jun 2024
Siaran: Viu

Related Articles

Back to top button