Filem2020s

Filem Sumpahan Jerunei (2023)

Filem Sumpahan Jerunei merupakan filem genre seram yang akan ditayangkan pada 27 Julai 2023.

Sinopsis Sumpahan Jerunei

Kematian seorang bangsawan atau ketua kampung di Melanau purba yang dihormati dengan menggunakan tiang kubur yang dikenali sebagai Jerunei. Dr Sani, seorang profesor arkeologi, terkejut apabila mengetahui bahawa bekas isterinya hilang semasa ekspedisi untuk menyiasat Jerunei yang misteri. Dia pun pergi ke Sarawak untuk mencari bekas isterinya.

Dr Sani dibantu oleh Arjuna, seorang bekas pelajar, Bee dan Hana, pegawai pemeliharaan warisan, serta Tommi, seorang jurukamera dan YouTuber. Mereka mengalami pengalaman yang menyeramkan, misteri, sakit yang luar biasa, mimpi buruk, dan bahkan terbangun di tempat yang menakutkan dalam kegelapan malam.

Keadaan menjadi semakin teruk apabila jasad salah seorang daripada mereka dikuasai oleh roh yang dikorbankan di Jerunei tersebut.

Pelakon Sumpahan Jerunei

Bront Palarae, Uqasha Senrose, Tony Eusoff, Daiyan Trisha, Yuyun Hikmah, Ruminah Sidek, Syafie Naswip, Amerul Affendi.

Related Articles

Back to top button