DramaAstro Ria

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi akan ditayangkan pada 25 September 2024, Rabu – Khamis, 9:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Cikgu Hiragi ialah seorang guru seni dan merupakan guru kelas Tingkatan 5A yang baru sahaja mengajar di Sekolah Raja Ishak selama dua tahun.

Sepuluh hari sebelum mereka tamat persekolahan, pelajar-pelajar kelas 5A berkumpul di dalam kelas atas arahan Cikgu Hiragi.

Tanpa disangka, pelajar-pelajar ini menjadi tahanannya untuk merungkai insiden hitam lama yang berlaku kepada salah seorang pelajar daripada kelas itu.

Kematian pelajar itu menjadi misteri apabila semua rakan-rakannya mendiamkan diri tentang apa yang berlaku.

Tiada siapa yang akan dapat menyelamatkan diri mereka daripada Cikgu Hiragi sehinggalah kebenaran mengenai insiden itu dibongkar.

Pelakon Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Nadhir Nasar, Arena Wan, Qistina Rania, Evertts Gomes, Arabella Ellen, Cahaya Nilam, Erysha Emyra, Elyshia Abegail, Aiman Ameer, Nurel Baharin, Razin Qidran, Alvy Joanna, Cora Waybin, Azqa Aziz, Kecik, Baihaqi Majid, Kim Azzim, Aizat Saha, Rasyidin, Syafiq Irfan, Hakim Khan, Aiman Shah, Riz Amin, Syamim Roslan, Amira Rafik, Azlan Komeng, Erry Putra, Kahoe Hon, Royce Iqram.

Drama Kelas Tahanan Cikgu Hiragi

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 25 September 2024
Hari: Rabu – Khamis, 9:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button