Filem2020s

Filem Sue-On (2023)

Filem Sue-On terbitan Rumah Produksi Merah akan ditayangkan pada 6 Julai 2023.

Sinopsis Sue-On

Sue-On, seorang hantu Korea, sering mengganggu manusia dengan keluar dari kaca televisyen. Suatu malam, nasib Sue-On kurang baik kerana dia terperangkap apabila Adam mematikan televisyen selepas dimarahi oleh bapanya kerana menonton terlalu lama. Sue-On berusaha mencari jalan pulang dengan mencari seseorang yang menonton filem tentangnya.

Pada suatu ketika, ketika mencuri masuk ke rumah, Sue-On disedari oleh sepasang suami isteri yang sedang menonton filem Hantu Kampung Sebelah. Ketiadaan pilihan, Sue-On memutuskan untuk melompat masuk ke televisyen mereka. Kini, Sue-On terperangkap di Kampung Sebelah.

Pelakon Sue-On

Amy Nur Tinie, Ropie, Nazia Mustafar, Shawani, Alif Rafiq, Reen Rahim, Dato’ Awie, Joey Daud, Achey, Azlee Senario, Shaifullah, Kamarul Yusoff.

Related Articles

Back to top button