DramaiQiYi

Drama Satu Hari Nanti

Drama Satu Hari Nanti akan ditayangkan pada 18 September 2024, Jumaat – Ahad, 9.00 malam di iQIYI.

Sinopsis Satu Hari Nanti

Mengisahkan tentang seorang pemuda Cina, Noah Lee yang mengalami kekecewaan dalam percintaannya sebelum ini bersama gadis bernama Audrey. Dari situ, Noah cuba mencari hikmah di atas apa yang terjadi.

Noah mula menyibukkan diri dengan kerja-kerja kebajikan dan bertemu dengan seorang gadis manis, Marissa Safiyyah. Dengan semangat juang yang tinggi dalam menyuarakan hak wanita, Marissa telah membuatkan Noah jatuh hati kepadanya dalam diam.

Namun, Aulia pula yang menagih kasih dari Noah. Apakah kesudahan kisah mereka? Mampukah cinta berlainan agama dapat bertahan?

Pelakon Satu Hari Nanti

Ezaidi Aziz, Eyka Farhana, Bella Astillah, Hasnul Rahmat, Fazlina Ahmad Daud, Erin CTJ, Shahidan Izwan, Nina KSC, Luqman Hafidz

Drama Satu Hari Nanti

Jumlah Episod: 16
Tarikh: 18 September 2024
Hari: Jumaat – Ahad, 9.00 malam
Siaran: iQIYI

Related Articles

Back to top button