DramaSlot Akasia TV3

Drama Hai Cinta, Dengarkanlah

Drama Hai Cinta, Dengarkanlah akan ditayangkan pada 17 September 2024, Isnin – Jumaat,7:00 malam di slot Akasia TV3.

Sinopsis Hai Cinta, Dengarkanlah

Kisah perjalanan hidup seorang wanita bernama Cahaya, yang dikejutkan dengan berita kematian suaminya, Firdaus, pada hari ulang tahun perkahwinan mereka. Saat Cahaya sedang menghitung hari untuk menyambut kelahiran anak sulungnya, kebahagiaan yang diharap menjadi kenyataan musnah dalam sekelip mata.

Cahaya yang kini bergelar sebagai janda. Di dalam kesedihan yang dihadapi, Hakimi muncul sebagai penyelamat.

Walaupun Cahaya menolak bantuan Hakimi, dia tetap bertegas untuk membantu dan menjaga Cahaya serta menyokongnya selepas kelahiran anak sulungnya, Fifi. Dengan penuh kasih sayang, Hakimi sentiasa berada di samping Cahaya dan menjadi sumber kekuatan dalam tempoh paling sukar dalam hidupnya.

Selepas beberapa bulan kelahiran Fifi, Cahaya kembali bertugas sebagai kurator di Muzium Kuching. Namun, selepas kontraknya tamat, dia dan Fifi harus pulang ke Semenanjung Malaysia.

Takdir tidak pernah salah alamat apabila Cahaya dipertemukan dengan Adib, seorang lelaki baik hati yang banyak memberi perhatian kepada Fifi. Pertemuan itu membuka peluang baru untuk Cahaya apabila dia ditawarkan untuk bekerja di galeri yang diusahakan oleh Adib.

Seiring dengan perjalanan mereka, hati Cahaya mula terbuka untuk menerima cinta baharu. Tetapi, dengan kehadiran dua lelaki yang penting dalam hidupnya, Hakimi yang telah menunjukkan kesetiaan tanpa syarat. Manakala Adib, yang disukai dan diterima oleh Fifi. Cahaya berhadapan dengan dilema yang sukar untuk membuat keputusan. Adakah dia akan memilih Hakimi, yang sentiasa ada di sisinya? Atau Adib, yang mungkin akan membawa kebahagiaan baharu dalam kehidupannya bersama Fifi?

Pelakon Hai Cinta, Dengarkanlah

Shukri Yahaya, Anna Jobling, Niezam Zaidi, Rania Amanda, Aleza Shadan, Nazrief Nazri, Syuhaida Abraz, Raden Zaharatul, Zulkifli Ismail, Saidah Kamarudin, Sharifah Shahora, Natasya Mahyan, Halim Radzi

Drama Hai Cinta, Dengarkanlah

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 17 September 2024
Hari: Isnin – Jumaat,7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button