DramaAstro Ria

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu akan ditayangkan pada 1 Julai 2024, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Astro Ria.

Sinopsis Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Mengisahkan tentang Intan Samad yang terpaksa menjalani kehidupan yang penuh derita. Intan bagaimanapun terpaksa berkahwin dengan seorang doktor muda, Assad Effendi gara-gara satu kejadian malang.

Intan mengimpikan dia akan hidup bahagia bersama suaminya tetapi sebaliknya terjadi. Perasaan dendam dan tidak puas hati Assad tiba-tiba hilang apabila melihat isterinya berterusan dan tetap tabah menghadapi segala perlakuan kasar yang diberikan kepadanya.

Kerana ego Assad, dia masih mahu memendam perasaannya. Kesabaran Intan ada hadnya. Dia melarikan diri dari suaminya. Adakah Assad berjaya mendapatkan hati Intan kembali atau Assad akan hilang Intan selamanya?

Pelakon Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Harissa Adlynn Halim, Redza Rosli, Kael Noah, Saidah Kamarudin, Faye Kusairi, Razman Mahayuddin, Aleza Shadan, Esma Dainal, Wann Ahmad, Idzham Ismail

Drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu

Jumlah Episod: 24
Tarikh: 1 Julai 2024
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button