DramaTV2

Drama Cempaka Melati

Drama Cempaka Melati akan ditayangkan pada 12 Disember 2023, Isnin & Selasa, 8:00 malam di TV2.

Sinopsis Cempaka Melati

Cempaka Melati bekerja di sebuah tempat peranginan dan sejak kebelakangan ini sering mengalami kejadian misteri seperti namanya dipanggil, ternampak kelibat rakan sekerjanya secara misteri serta mimpi-mimpi aneh. Bukan sahaja itu, kini bekas teman lelakinya, Addin muncul bersama isterinya, Hana di tempat peranginan itu untuk berbulan madu. Namun Melati mengelakkan diri kerana dia enggan mengingati memori bersama lelaki itu.

Melati banyak menerima hadiah daripada pengirim misteri. Pada masa yang sama, Addin cuba untuk mendekati Melati. Walaupun sudah beristeri, Addin masih menaruh harapan terhadap Melati. Rupa-rupanya Addin tidak tahu sebab sebenar Mel putus dengan dia dulu. Dalam pada itu, gerak-geri Melati diperhatikan oleh seorang jejaka kacak bernama Zhariff.

Kehadiran Zhariff mula menarik perhatian Melati. Yang peliknya, tiada seorang pun kawan-kawan Melati yang pernah nampak jejaka tersebut. Hana pula mula syak Addin ada sesuatu dengan Melati.

Pelakon Cempaka Melati

Sharifah Husna, Azrel Ismail, Syafie Naswip, Eizlan Yusof, Zarynn Min, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Kay Maria, Fathil Dani

Drama Cempaka Melati

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 12 Disember 2023
Hari: Isnin & Selasa, 8:00 malam
Siaran: TV2

Related Articles

Back to top button