DramaSlot Lestary TV3

Drama Pengantin Pasti Jadi

Drama Pengantin Pasti Jadi akan ditayangkan pada 11 Julai 2024, Khamis – Sabtu, 9:00 malam di slot Lestary TV3.

Sinopsis Pengantin Pasti Jadi

Mengisahkan perjalanan hidup Raid Amzan dan Nureen yang masing-masing ditinggalkan pasangan pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan mereka itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah, ibu Raid.

Dek kerana masing-masing terjebak dalam situasi tragedi “Pengantin Tak Jadi” ini, ia menjadi tular. Susulan itu, Raid dan Nureen memutuskan untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian tersebut, mereka bertemu buat pertama kali. Sejak dari pertemuan pertama mereka telah mula bertengkar, ada sahaja situasi yang tidak menyenangkan berlaku setiap kali mereka bertembung. Namun, tanpa mereka sedari, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat.

Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab, dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi.

Walaubagaimanapun, keakraban mereka tidak direstui oleh Datin Hasnah dan Seri Hanim yang mencetuskan konflik untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman ayah kepada Nureen melibatkan diri dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. Namun, kekecohan berlanjutan apabila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui tentang pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan mendapat sebulat suara daripada Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tetapi konflik terus berlaku.

Pelakon Pengantin Pasti Jadi

Ali Reza, Asha Merican, Cinta Aiyuni, Daniesh Suffian, Riesha Aslan, Ungku Hariz, Faye Kusairi, Lana Nodin, Khaty Azian, Sera Melissa, Wawa Azuwar, Shyrim Husni, Ana Dahlia, Fieza Hanafie, Zizi Hazirah

Drama Pengantin Pasti Jadi

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 11 Julai 2024
Hari: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button