Filem2020s

Filem Leha (2024)

Filem Leha akan ditayangkan pada 11 April 2024 di pawagam.

Sinopsis Leha

Mengisahkan mengenai seorang gadis, Leha pekerja di sebuah kilang yang mengetahui rahsia di sebalik kes jenayah pemerdagangan manusia di kilang tempat dia bekerja. Leha hampir-hampir diculik sekumpulan lelaki di depan kilangnya itu, namun kejadian berkenaan disedari dua orang pengawal keselamatan iaitu Sani dan Khai yang telah menyelamatkannya.

Rupa- rupanya, Leha telah menjumpai dokumen dalam sebuah pen drive yang mengandungi segala maklumat mengenai kegiatan jenayah yang dilakukan bosnya itu menjadi punca dia diculik. Rentetan daripada itu, Leha bersama Sani dan Khai dan seorang lagi pengawal keselamatan yang baru bekerja iaitu Adam telah bergabung untuk membongkar kegiatan jenayah berkenaan.

Pelakon Leha

Silfeny Osman, Ali Puteh, Kodi Rasheed, Dboy Hamdan, Khir Rahman, Cat Farish, Deen Wahab, Ikhwan Khairudin, Bidin Al Zaifa

Related Articles

Back to top button