Filem2010s

Filem Suami Aku Ustaz (2015)

Sinopsis Suami Aku Ustaz

Apabila ibu bapa Alisa ingin menunaikan ibadah haji, dia dipaksa untuk berkahwin dengan sepupunya yang juga merupakan guru agama di sekolah menengahnya, iaitu Ustaz Hafiz. Tanggungjawab menjaga Alisa ketika mereka berada di Mekah diberikan sepenuhnya kepada Ustaz Hafiz.

Namun, dilema timbul apabila Alisa terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya daripada rakan-rakannya termasuk Wati dan Johan. Alisa juga menghadapi pelbagai konflik untuk menerima Ustaz Hafiz sebagai suaminya disebabkan perbezaan usia mereka yang ketara.

Bagaimanakah keadaan setelah rahsia perkahwinan Alisa dan Ustaz Hafiz terbongkar? Adakah cinta Alisa terhadap suaminya akan terus bertahan dan apakah jodoh mereka akan kekal bersama?

Pelakon Suami Aku Ustaz

Adi Putra, Betty Rahmad, Izzue Islam, Jue Aziz, Kamaliah Mat Don, Liza Abdullah, Nora Danish, Norman Hakim, dan Razak Ahmad.

Related Articles

Back to top button