DramaSlot Akasia TV3

Drama Utusan Cinta Buat Adam

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam

Mengisahkan Aireen Husna seorang doktor yang masih lagi mencari lelaki pilihan idamannya iaitu seorang yang kuat pada agama. Seringkali dipertemukan dengan Adam Firdaus di masjid telah menambat hati Aireen walaupuan tidak kenal siapa gerangan orangnya.

Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun masih belum menemui wanita yang berkenan dalam hatinya walaupun sudah ramai calon menantu pilihan dari keluarganya.

Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan teman sehidup semati.

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana.

Pelakon Utusan Cinta Buat Adam

Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah, Kartina Aziz, Nazeera Sardi, Nazrief Nazri, Ikhlas Jalil, Sharifah Shahora, Noniswara, Kuza, Aleeza Kasim

Drama Utusan Cinta Buat Adam

Jumlah Episod: 28
Hari: Isnin-Jumaat
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button