DramaViu

Drama Ganjil

Sinopsis Ganjil

Kisah Amry, seorang jurutera IT introspektif dan Nabila, artis sosial media terkenal dipertemukan takdir dalam cara paling aneh dan menjangkaui imaginasi menerusi pertemuan dalam mimpi.

Sebuah persahabatan telah terjalin dalam mimpi, dan menjadi berharga setiap hari. Rahsia yang mereka simpan dari pengetahuan orang bertukar menjadi pengembaraan mimpi mereka.

Mereka berdua ingat mereka masing-masing adalah produk imaginasi kesedaran mereka, sehinggalah mereka temui petunjuk yang membawa kepada diri masing-masing di dunia realiti.

Tetapi apabila Amry dan Nabila cuba berhubung, mereka menyedari takdir memiliki cara tersendiri untuk menemukan mereka.

Amry dan Nabila mendapati diri mereka bertemu insan yang mereka impikan. Pasangan ini bertembung di dalam mimpi mereka, pada satu malam istimewa di mana mimpi mereka bercantum menjadi satu. Ketika mereka mendapati masing-masing mungkin hanya satu watak di dalam alam mimpi, tanpa mereka sedari, kedua-duanya menjadi lebih erat, berkongsi rahsia dan berdepan dengan ketakutan bersama.

Mimpi mereka adalah cara alam memberikan mereka peluang kedua, untuk menjadi insan yang lebih baik. Ganjil juga memaparkan kesulitan yang dirasai ramai untuk mencari tempat di dunia sebenar, sambil cuba mengimbangi tanggungjawab seseorang terhadap keluarga.

Pelakon Ganjil

Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri

Drama Ganjil

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 30 September 2021
Hari: Khamis
Siaran: VIU

Related Articles

Back to top button