DramaTV2

Drama Kuali Mentua Lauk Menantu

Sinopsis Kuali Mentua Lauk Menantu

Mengisahkan Lela seorang yang periang, suka menyakat dan bekerja sebagai photographer. Dia bekerja di studio seniornya di KL bersama kawan baiknya Ona selepas selesai jalani praktikal dan habis belajar. Lela dibesarkan oleh ayahnya, En Lukman. En Lukman bekerja atas kapal dan selalu belayar, Lela selalu ditinggal dengan neneknya Wan Ipah dan Mak Ngahnya.

Pendek kata, membesar dengan cara hidup kampung. Tapi bukan kekampungan, sebab nenek dan Mak Ngah Lela ni jenis yang lasak dan hip-hop. Ibu Lela pula katanya, kerja kat luar negara lepas cerai dengan ayahnya. Masa tu Lela baby lagi, umur 2 tahun. Tapi dua tahun lepas tu, dia meninggal di US kerana sakit misteri.

Haikal Mikael arkitek muda yang berjaya. Kacak tapi serius dengan kerja sampai lupa dunia luar. Ada girlfriend, seorang model nama Nina. Nak kata cinta, macam takde perasaan. Last-last Haikal letak status dalam FBnya, ‘In Relation but no one’. Nina ni suka heret Haikal pergi studio untuk fotografi dan kadang-kadang pergi buat ‘fashion show’.

Haikal pun menurut jelah. Tapi jangan haraplah dia nak ambik tahu awek dia pakai fesyen apa, warna apa, posing macam mana. Bila di lokasi, dia lebih rela layan game di handphone. Haikal anggap itu adalah masa rehatnya selepas penat bekerja.

Ibu dan ayah Haikal bercerai masa umurnya 10 tahun. Orang cakap, ibunya ada skandal dengan lelaki lain masa tu. Dan buktinya, ibu dia dah nikah pun dengan orang yang sama dan sekarang ada 2 orang anak hasil perkahwinan barunya. Tapi masa tu, Haikal diberi pilihan oleh orang tuanya, nak duduk dengan siapa. Of cozlah, Haikal pilih tinggal dengan papanya, Chef Hafiz Mudin, memang chef yang diakui keenakan masakannya dan ada ramai follower di IG. Sekarang dia dah jadi otai yang dikagumi. Papa Haikal dan Papa Lela adalah sepupu cum sahabat baik.

Pelakon Kuali Mentua Lauk Menantu

Hafreez Adam, Afifah Nasir, Normah Damanhuri, Aman Graseka, Zera Hariz, Zuhairi Ibrahim, Sharul Kamal, Lola, Ainaa Kamalia, Kismah Johar, Zarynn Min , Ali Reza, Mia Nasir, Abd Manan Sulaiman

Drama Kuali Mentua Lauk Menantu

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 7 April 2021
Hari: Isnin-Jumaat, 6:00 petang
Siaran: TV2

Related Articles

Back to top button