DramaSlot Samarinda TV3

Drama Surat Dari Tuhan

Drama Surat Dari Tuhan akan ditayangkan pada 30 Oktober 2023, Isnin – Khamis, 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.

Sinopsis Surat Dari Tuhan

Mengisahkan seribu satu dugaan melanda hidup Ryan yang baru berkahwin dengan isterinya, Misha yang bersifat talam dua muka. Ryan telah membuat keputusan untuk memberi peluang kepada Misha dan berkahwin dengannya walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan mereka. Walaupun tidak dipersetujui oleh ibunya, Rafilah, namun Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Kegusaran Rafilah terbukti menerusi layanan Misha terhadapnya. Tanpa pengetahuan Ryan, Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha. Layanan Misha semakin menjadi apabila Ryan membawa mereka untuk menunaikan umrah bersama. Sepanjang keberadaan di Madinah, Misha langsung tidak membantu Rafilah untuk memudahkan perjalanannya, malah dia cuba untuk membunuh Rafilah.

Sekembalinya Ryan dari Mekah, satu persatu masalah timbul. Rakan kongsi perniagaannya telah melarikan wang syarikat dan menyebabkan dia terjerumus dalam hutang. Suzana yang merupakan pelanggan setia Ryan cuba membantu Ryan untuk menyelesaikan masalah hutang. Kehadiran Suzana membuatkan Ryan selalu tenang dalam menghadapi segala ombak badai yang melanda keluarganya.

Pelakon Surat Dari Tuhan

Shukri Yahaya, Janna Nick, Ummi Nazeera, Sheila Mambo, Trisha Ooi, Qistina Raisah, Wanns Ahmad, Arash Mohd, Syefikk, Balkisyh Semundur Khan, Meor Mohd, Shahidan Izwan, Qayra El, Nik Ramly Rejab, Nada Nur Syuhaida, Muhammad Danial Aiman.

Drama Surat Dari Tuhan

Jumlah Episod: 30
Tarikh: 30 Oktober 2023
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button