DramaSlot Diandra TV9

Drama Oh My Hantaran

Sinopsis Oh My Hantaran

Mengisahkan Mira adalah gadis yang paling diimpikan di kampung, dan dia jatuh cinta dengan Mail, seorang pemuda yang sangat menghormati orang tuanya. Walau bagaimanapun, hubungan mereka tidak disetujui oleh ayah Mira, Encik Sabri. Mail adalah seorang yang rajin berusaha dan bekerja dengan Pak Hassan, yang dianggap sebagai bapanya.

Encik Sabri mengharapkan Mira, anak tunggalnya, untuk berkahwin dengan Rizal, anak kepada ketua kampung. Rizal mempunyai ijazah universiti dan dijangka akan mewarisi tanah dan perniagaan kampung dari ayahnya. Namun, Rizal sebenarnya seorang gangster terkenal di kampung, ditakuti oleh pemuda tempatan, tetapi dia selalu berlagak baik di depan orang tuanya.

Encik Sabri menetapkan syarat kepada Mail bahawa dia harus memberikan wang hantaran sebanyak RM51,000 dalam masa sebulan jika ingin berkahwin dengan Mira. Didorong oleh cinta, Mail berusaha keras untuk mengumpulkan jumlah wang itu dalam tempoh yang singkat. Rizal, yang telah memendam perasaan terhadap Mira sejak sekolah, bersumpah akan memiliki Mira dengan apa jua cara.

Apabila tiada jalan penyelesaian, ibu Mail akhirnya meminta anaknya untuk berjumpa dengan bapanya yang sebenarnya, Malek, di Kuala Lumpur. Tanpa diduga, Malek meminta Mail untuk mengutip semula wangnya daripada orang yang berhutang.

Mail akan diberikan ganjaran berdasarkan jumlah kutipan itu. Bermulalah cabaran Mail sebagai seorang pemungut hutang demi mencari duit dalam kadar segera. Mail tidak ingin kehilangan Mira dan terpaksa merahsiakan kegiatan itu daripada pengetahuan Mira.

Adakah Mail akan berjaya mengumpulkan cukup wang untuk berkahwin dengan Mira dan hidup bahagia selamanya? Bagaimana pula dengan Rizal, yang tidak berputus asa dalam usahanya untuk menawan hati Mira?

Pelakon Oh My Hantaran

Elisya Sandha, Noki K-Clique, MK K-Clique, Rosli Rahman Adam, Anna Jobling Alif Hadi Syazlin Zainal, Jasper Supayah, Salina Saibi, Raja Azura, Khairil Anwar, Ieda Moin, Zalif Sidek, Ziana Zain, Jasmin Hamid, Nazia Mustafar, Syarafi Sudarmaji, Kak Girl

Drama Oh My Hantaran

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 29 Disember 2021
Hari: Isnin-Khamis, 8:30 malam
Siaran: TV9

Related Articles

Back to top button