Telemovie Nak Salam Boleh? akan ditayangkan pada hari Ahad, 22 April 2023, jam 10.05 pagi di TV1. Ia diarahkan oleh Othman Hafsham dan diterbitkan oleh Cinematics Sdn Bhd.
Sinopsis Nak Salam Boleh?
Pak Murad dan Mak Jah bercerai selepas 30 tahun berkahwin disebabkan oleh rasa cemburu Mak Jah apabila Pak Murad banyak menghabiskan masa di warung janda selepas pencen. Mereka dulunya adalah pasangan paling romantik di kampung. Anak-anak dan cucu-cucunya tidak balik ke kampung beraya kerana pergaduhan mereka. Namun, setelah Pak Murad merawat kaki Mak Jah yang luka, mereka berdua berbaik semula dan memutuskan untuk rujuk. Mereka masih saling sayang-menyayangi dan akhirnya anak-anak dan cucu-cucunya pulang ke kampung untuk beraya bersama-sama.
Pelakon Nak Salam Boleh?
Adam Shah, Adam Muqariz, Hani Ariana, Fadilah Mansor, Fathil Dani, Lia Natalia, Mimie Amirah, S. Ruwiyani, Zul Genting.