DramaSlot Samarinda TV3

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Sinopsis Tarik Aku Ke Syurga

Zamri ialah seorang perunding hartanah yang berjaya dan sudah memiliki syarikat perunding hartanah di Kuala Lumpur pada usia muda. Zamri ialah anak tunggal kepada Haji Murad dan Hajah Raudhah. Sebagai anak tunggal, Haji Murad dan Hajah Raudhah sangat menitik-beratkan pendidikan agama dalam hidup Zamri dari kecil. Malahan, Hajah Raudhah merupakan penceramah bebas yang sangat berpengaruh.

Sayangnya, Zamri yang dilihat sebagai anak baik di depan mata orang tuanya, tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat di Kuala Lumpur. Zamri terdedah dengan dunia hidup berpeleseran, hanyut dengan bisikan dan hasutan syaitan. Akhirnya, tembelang Zamri pecah apabila ibunya, Hajah Raudhah terjumpa gambar-gambarnya ketika bersosial di kelab malam.

Hajah Raudhah memberikan dua pilihan kepada Zamri, sama ada menikahi gadis pilihan ibunya ataupun disingkirkan dari terus menjadi anaknya. Walaupun tidak rela, Zamri menikahi Zara kerana ingin mendapatkan kemaafan daripada orang tuanya. Malangnya bagi Zara, satu persatu rahsia gelap Zamri terbuka kepadanya selepas bergelar isteri. Bersediakah mereka berhadapan dengan pelbagai dugaan itu?

Pelakon Tarik Aku Ke Syurga

Zul Ariffin, Nelissa Nizam, Keith Foo, Lisdawati, Izzendra, Khairil Anwar Aman, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Zila Bakarin, Mahmud Alibashah, Hafreez Adam, Nada Nursyuhada, Afzan A.Rahman, Idzham Ismail, Ayra Messi, Nabil Aqil, Khafizah Hanafie, Zizi Hazirah, Sean Lee.

Drama Tarik Aku Ke Syurga

Jumlah Episod: 28
Tarikh: 23 Jun 2022
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button