DramaSlot Sakura TV3

Drama Sekali Aku Bahagia

Drama Sekali Aku Bahagia akan ditayangkan pada 28 Mac 2023 pada hari Isnin-Khamis, 6:00 petang di Slot Sakura TV3. Idea asal oleh Mama Bella dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Skripnya ditulis oleh Dr Mohd Shahremy Ikmal dan Mama Bella, manakala pengarahannya diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya.

Sinopsis Sekali Aku Bahagia

Kisah berbagi suami, penderitaan dan pengkhianatan. Aireen dan Naufal adalah adik-beradik, dan Naufal menjalankan sebuah kedai. Aireen yang telah melawat kedai abangnya, telah jatuh cinta kepada Muaz – seorang pekerja di kedai Naufal, yang sudah berkahwin dengan Rania.

Konflik bermula apabila Aireen mengetahui tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah memiliki seorang anak perempuan. Rania tidak menyedari tentang kecurangan suaminya. Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu menjadi isteri kedua dan hanya mahu memiliki Muaz untuk dirinya sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.

Pelakon Sekali Aku Bahagia

Duerra Mitilda, Ummi Nazeera, Keith Foo, Nik Ramly, Nabila Huda, Qistina Raisah, Danish Hazriq, Meor Mohd, Ayu Azlina, Danish Iskandar, Azhan Rani

Drama Sekali Aku Bahagia

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 28 Mac 2023
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: Slot Sakura TV3

Related Articles

Back to top button