DramaTonton

Drama Presiden Kampung Morten

Drama Presiden Kampung Morten terbitan Saphire Screen Sdn. Bhd akan mula disiarkan pada 17 April 2022 di platform Tonton. Skrip ditulis oleh Farhana Fauri dan diarahkan oleh Harris Fadzillah.

Sinopsis Presiden Kampung Morten

Manisah dan Kiambang yang berusaha merebut jawatan presiden Persatuan Wanita Kampung Morten. Persatuan tersebut aktif memperjuangkan hak wanita di Kampung Lemak Manis dan telah berjaya mengurangkan kes penganiayaan terhadap wanita.

Namun, konflik bermula apabila ibu Manisah, Che Embun, dilucutkan jawatan sebagai presiden persatuan selepas dituduh terlibat dalam skandal dengan Tok Mudim Sado. Berita palsu tersebut disebarkan oleh Naib Presiden ketika itu, Kiah Tumis, yang kemudian dilantik sebagai presiden baharu. Kiambang pula dilantik sebagai Naib Presiden baharu.

Manisah tidak berpuas hati dengan nasib ibunya dan ingin menuntut hak ibunya dengan merampas kembali jawatan presiden. Namun, Kiah telah menjalankan tugasnya dengan baik selama dua tahun berturut-turut dan tidak mudah untuk menyingkirkan dia dari jawatannya.

Apakah strategi yang akan digunakan oleh Manisah untuk merampas takhta ibunya? Adakah dia akan berjaya?

Pelakon Presiden Kampung Morten

Ozlynn Waty, Jaafar Onn, Seha Monica, Bell Ngasri, Didie Alias, Chacha Maembong, Norman Hakim, Ieda Moin, Alif Muhaimin, Sheila Mambo, Ucop Cecupak

Drama Presiden Kampung Morten

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 17 April 2023
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button