DramaSlot Lestary TV3

Drama Bintang

Drama Bintang bakal menemui penonton pada 6 April 2023 bersiaran pada hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam di Slot Lestary TV3. Drama ini diarahkan oleh Nizam Zakaria dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd.

Sinopsis Bintang

Iris dan Thirak adalah pelajar di sekolah menengah yang sama. Mereka sering bertemu ketika pulang dari sekolah setelah sesi persekolahan. Thirak, seorang keturunan Thailand, mempunyai ciri-ciri Melayu yang kuat dan bersikap peramah. Sementara Iris, berasal dari keluarga yang berada dan memiliki sifat yang ‘playful’.

Pertemuan mereka telah menanamkan benih-benih cinta. Namun, Mustaffa juga menyimpan perasaan cinta kepada Iris. Keadaan menjadi rumit apabila Mustaffa memberitahu ibu bapa Iris tentang hubungan Iris dan Thiraak. Akibatnya, Iris terpaksa dihantar ke luar negara dan hubungan mereka terputus.

Beberapa tahun kemudian, Iris kembali ke Malaysia selepas ibu bapanya meninggal dunia. Adakah masih ada peluang kedua bagi Iris dan Thiraak untuk bersatu kembali setelah berpisah sekian lama?

Pelakon Bintang

Keith Foo, Azhar Sulaiman, Daniel Fong, Ruhainies, Siti Hariesa, Haidar Hasanudin

Drama Bintang

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 6 April 2023
Hari: Rabu-Sabtu, 9.00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button