DramaTV1

Drama Aku Yang Merinduimu

Sinopsis Aku Yang Merinduimu

Setelah ibu dan ayah Husna meninggal dalam kemalangan jalan raya, dia tinggal dengan Tok Ayah, Pak Seman. Pak Seman berusaha mencari nafkah untuk membesarkan cucunya, tetapi ada orang yang tidak menyukainya.

Engku Mariam mewarisi semua harta perniagaan suaminya setelah bercerai dan memecat Pak Seman kerana menganggap lelaki itu sudah terlalu tua untuk bekerja di kilang miliknya. Engku Mariam juga tidak suka Pak Seman dan Husna karena menganggap orang miskin suka mengambil kesempatan.

Engku Mariam sibuk menguruskan perniagaannya sehingga tidak sempat memantau anaknya, Tengku Danial di sekolah. Suatu hari, dia menerima laporan dari guru disiplin mengatakan Tengku Danial ditangkap merokok di sekolah.

Engku Mariam memutuskan untuk menukar sekolah Tengku Danial ke Pekan Cengkih kerana dia sibuk dengan projek resortnya bersama Vincent dan Eric. Di sana, Tengku Danial bertemu dengan Husna yang satu sekolah dengannya.

Engku Mariam yang merupakan kawan baik Vincent mahu bekerjasama dalam projek pusat peranginannya di Pekan Cengkih. Vincent menyerahkan semua keputusan projek kepada Eric.

Dalam masa yang sama, Eric tidak sengaja terlanggar Husna dan mahu membayar ganti rugi kepada Husna. Namun, Pak Seman menolak tawaran tersebut kerana Eric dan Vincent telah membayar kos rawatan Husna. Akan tetapi, Engku Mariam menuduh Pak Seman dan Husna mahu mengambil kesempatan atas kecederaan tersebut.

Pelakon Aku Yang Merinduimu

John Tan, Shekeen Waida, Eleen Arisha, Neera Azizi, Aliah Lee, Ahmad Amim, Mior Hashim Manap, Iman Suhana, Zarul Imran, Jesse Lim, Syafie Naswip, Elisya Sandha, Auni Zahra, Isaac Iman

Drama Aku Yang Merinduimu

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 15 Jun 2022
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: Slot Widuri TV1

Related Articles

Back to top button