DramaSlot Samarinda TV3

Drama Pemburu Rahsia

Drama Pemburu Rahsia akan ditayangkan pada 5 September 2023, Isnin hingga Khamis, jam 10:00 malam di Slot Samarinda TV3.

Sinopsis Pemburu Rahsia

Seorang gadis, Marissa Damia Nordin, seorang pempengaruh di media sosial telah ditemui mati di kawasan sebuah kolej. Mangsa dikatakan telah membunuh diri dan telah terjun daripada tingkat 7 bangunan kolej berkenaan. Sebelum membunuh diri, mangsa dikatakan sempat membuat ‘live’ di laman media sosialnya dalam keadaan menangis.

Pemergiannya secara tiba-tiba telah mengejutkan ramai pihak. Punca depresi Damia juga menjadi tanda tanya. Kakak Damia, Aliya, telah mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia demi mencari jawapan bagi persoalan ini.

Tidak lama kemudian, Aliya telah menerima mesej dari sebuah akaun misteri di Instaspace yang menjadi petunjuk kepada kes ini. Pengguna tersebut telah mendedahkan tentang lima orang pelajar kolej yang telah lama membuli Damia dalam alam siber.

Aliya berpendapat bahawa mereka ini perlu bertanggungjawab. Dipacu rasa kasih seorang kakak, Aliya nekad untuk membuktikan bahawa kelima-lima pelajar tersebut bersalah atas kematian adiknya. Dia telah dibantu oleh Sir Waiz yang merupakan kaunselor.

Namun, dalam perjuangannya untuk Damia, dia tidak sedar bahawa terdapat seseorang yang sentiasa memerhati dan mengancam nyawanya. Berjayakah Aliya menuntut keadilan buat adiknya?

Pelakon Pemburu Rahsia

Intan Najuwa, Adam Lee, Scha Elinnea, Muaz Zabir, Fariz Isqandar, Kimberly Chuah, Raff Roslee, Raden Zaharatul, Zarul Umbrella, Haliza Misbun, Jesse Lim, Kween Keela, Silfeny Osman, Adwafri Shah, Izzul Faiq

Drama Pemburu Rahsia

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 5 September 2023
Hari: Isnin – Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot Samarinda TV3

Related Articles

Back to top button