DramaSlot Diandra TV9

Drama Mr Millennium

Sinopsis Mr Millennium

Jamil dan Mastora ialah pasangan suami isteri yang hidup secara sederhana di sebuah kampung di zaman 60an. Walaupun mereka tidak dikurniakan anak tetapi Jamil dan Mastora dikenali sebagai pasangan yang romantik dan lurus dalam kalangan penduduk kampung. Jamil seorang yang kuat berangan dan sering membayangkan apa akan terjadi di masa hadapan. Satu hari, Jamil terjumpa satu gelung misteri. Tanpa berfikir panjang, Jamil telah masuk ke dalam gelung itu dan dibawa merentas masa ke zaman moden!

Jamil terpinga-pinga dengan infrastruktur serba moden telah menimbulkan banyak insiden lucu. Tambahan pula, Jamil jumpa seorang wanita yang seiras dengan Mastora waktu muda, Qistina. Apabila Jamil sedar bahawa dia berada di zaman moden dan Mastora pula tidak ada di sisinya, dia mula mencari gelung misteri itu untuk pulang ke tempat asalnya.

Dalam perjalanan Jamil berhadapan dengan pelbagai ujian, dia menjadi popular dan kaya. Ketika itu, Qistina kembali dan menawarkan bantuan untuk menguruskan kerja-kerja Jamil. Sementara itu, Mastora juga tidak berputus asa untuk menjejaki suaminya sehinggalah dia turut sampai ke zaman moden menerusi gelung misteri itu.

Pelakon Mr Millennium

Aqasha, Cristina Suzanne, Esma Daniel, Ady Mohammad, Danial Amri, Shukry Ramlee, Bard Kerdil, Amrel Norman , Zarina Zainuddin, Nu’man Salleh, Fieza Hanafie, Jay Iswazir

Drama Mr Millennium

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 7 Disember 2021
Hari: Isnin-Khamis, 8:30 malam
Siaran: Slot Diandra TV9

Related Articles

Back to top button