DramaSlot Akasia TV3

Drama Tundukkan Playboy Itu

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu

Mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Harraz Naufal. Jika ada wanita yang ingin mendampinginya, wanita itu perlulah cantik dan seksi. Suatu hari, Nurin Areesa datang ke syarikat milik Harraz Naufal untuk temuduga jawatan arkitek. Harraz meletakkan satu syarat, Nurin Areesa perlu membuka tudung untuk jawatan tersebut.

Nurin Areesa redha, jawatan arkitek itu bukan untuknya. Dia berdoa agar suatu hari nanti Harraz yang berlagak itu akan bercinta dan berkahwin dengan seorang wanita bertudung.

Doa Nurin Areesa dimakbulkan. Harraz mula gila bayang pada seorang model wanita misteri yang bertudung. Tanpa mengetahui model tersebut sebenarnya adalah Nurin.

Hendak dijadikan cerita, ibu Harraz pula meminta Nurin menundukkan anaknya, seorang playboy yang pantang nampak perempuan cantik.

Mampukan Nurin melakukannya. Adakah Harraz akan terus jatuh cinta pada Nurin?

Pelakon Tundukkan Playboy Itu

Hafidz Roshdi, Uqasha Senrose, Alif Satar, Ridzuan Hashim, Mawar Rashid, Marisa Yasmin, Maria Farida, Navilya Husna.

Drama Tundukkan Playboy Itu

Jumlah Episod: 30
Hari: Isnin-Khamis
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button