DramaSlot Lestary TV3

Drama Iskandar Chempaka

Drama Iskandar Chempaka akan ditayangkan pada 7 Mac 2024, Khamis – Sabtu, 9:00 malam di Slot Lestary TV3.

Sinopsis Iskandar Chempaka

Mengisahkan tentang Iskandar yang menjadi pujaan ramai, terpesona dengan gadis jirannya yang bernama Chempaka dan berusaha untuk memikat hatinya. Walaupun Chempaka juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Iskandar, namun dia mengalami ‘inferiority complex’ yang menghalangnya untuk mengakuinya.

Namun, kisah cinta mereka tetap berakhir dengan perkahwinan. Keindahan hubungan Chempaka dan Iskandar berubah apabila Chempaka mendapati bahawa Iskandar sebenarnya adalah seorang ‘anak emak’. Kehidupan pasangan ini selepas perkahwinan diatur oleh Naema, ibu kepada Iskandar.

Chempaka terkejut dengan sikap Iskandar yang mengikut telunjuk ibunya dalam setiap hal. Naema juga bersaing dengan Chempaka dalam segala perkara, ingin membuktikan bahawa dirinya lebih bagus.

Ketika Iskandar mengutarakan hasrat untuk berpindah rumah, Naema meluahkan rasa tidak puas hati dan menghalang perpindahan tersebut.

Pelakon Iskandar Chempaka

Muaz Zabir, Harissa Adlynn Halim, Raja Azura, Chacha Maembong, Alvin Chong, Nabil Aqil, Shamsul Ghau Ghau, Lisdawati, Steve Yap, Shania Hendrik

Drama Iskandar Chempaka

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 7 Mac 2024
Hari: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button