DramaAstro Ria

Drama Cik Ayu Mee Sanggul

Sinopsis Cik Ayu Mee Sanggul

Mengisahkan pengorbanan seorang balu muda yang menikahi seorang duda tanpa ikatan cinta demi menjadi ‘ibu segera’ kepada Uwais, anak duda tersebut. Ayu adalah pengusaha Mee Sanggul yang berjaya di Kota KL. Perkenalan dan hubungan rapatnya dengan Uwais serta Nek Wan ditentang oleh Akhtar apabila mendapat tahu Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya.

Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya. Uwais pula masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Ayu berkorban dan membuat keputusan untuk meminang Akhtar sendiri. Ayu juga didekati lelaki-lelaki lain dalam hidupnya yang sentiasa menjadi penghalang kisah cintanya.

Pelakon Cik Ayu Mee Sanggul

Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish

Drama Cik Ayu Mee Sanggul

Jumlah Episod: 16
Tarikh: 27 Julai 2021
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot MegaDrama Astro Ria

Related Articles

Back to top button