DramaTV Okey

Drama Akulah Cinderella

Sinopsis Akulah Cinderella

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya.

Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq.

Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu.

Datin Zulaikha telah mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan Syafiq. Bagaimanakah reaksi dan penerimaan Shafiq? Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

Pelakon Akulah Cinderella

Oktovia Manrose, Nafiez Zaidi, Kay Maria, Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel, YY Aleyqa

Drama Akulah Cinderella

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 19 Jun 2020
Hari: Isnin – Ahad, 7:00 malam
Siaran: TV Okey

Related Articles

Back to top button