Telefilem

Telemovie Kembar Keliru

Sinopsis Kembar Keliru

Kisah seorang jejaka bernama Iskandar yang telah bertunang dengan Ameera iaitu anak kepada sahabat bapanya. Iskandar terlalu rimas dengan sikap Ameera yang terlalu manja dan mengada-ngada sehingga dia membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada Ameera. Iskandar telah membuat keputusan untuk pergi ke sebuah pulau tanpa pengetahuan sesiapa.

Bermulalah kisah pertemuan Iskandar dengan Cendana di pulau tersebut. Cendana, adalah gadis pulau yang cantik, lemah lembut dan juga seorang pelukis. Tanpa diduga, Iskandar telah jatuh cinta pada Cendana. Iskandar juga bertemu dengan Shamel, sepupu kepada Cendana yang mempunyai wajah seirasnya. Oleh kerana wajah yang serupa, Iskandar mengupah Shamel menyamar sebagainya sementara Iskandar tinggal di pulau untuk memikat hati Cendana. Suasana menjadi kelam kabut apabila Dato Shah membuat keputusan untuk menikahkan Shamel yang dianggap Iskandar dan akhirnya rahsia kedua keluarganya terbongkar.

Pelakon Kembar Keliru

Syazwan Zulkifli, Sweet Qismina, Wafariena, Rosnah Johari, Dato’ Jalaludin Hassan, Marisa Yasmin

Related Articles

Back to top button