Telefilem

Telemovie Gadis Kampung Paling Popular

Sinopsis Gadis Kampung Paling Popular

Kisah Maya seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke bandar. Dia juga seorang yang pemalu dan bersuara lunak. Maya bertemu dengan pekerja butik milik bapa saudaranya, Safidah, yang juga mula mengubah hidup Maya kepada gadis urban yang bergelar Lady Wawa. Ibunya di kampung, Cik Eton mahu menyatukan anaknya dengan seorang ahli perniagaan di kampungnya. Namun, Maya menolak.

Panggilan Lady Wawa dan gaya hidupnya disorok daripada pengetahuan keluarganya. Bermulalah kehidupan Maya sehingga dia menjadi bintang YouTube yang terkenal sehingga ke pengetahuan Azad. Azad menyukai Maya dalam diam dan dia menyatakan bahawa Lady Wawa yang popular itu adalah contoh insan yang tidak jujur. Maya yang berkecil hati kerana Lady Wawa itu adalah dirinya, pergi membawa diri dan bersedih. Adakah Azad akan mengetahui hal sebenar?

Pelakon Gadis Kampung Paling Popular

Janna Nick, Azad Jazmin, Vicha Saywho, Daaim Jailani, Acong Sweetchild, Mak Wan Latah, Aizat Hassan, Firdaus Nadxaman

Related Articles

Back to top button