TV ShowTV9

Misi Mat Dan

Sinopsis Misi Mat Dan

Mat Dan akan menjadi pengarah program dokumentari travelogue terbaru yang diberi nama ‘Misi Mat Dan’. Program ini akan membawa penonton untuk meneroka keindahan alam Malaysia yang menarik.

Dokumentari ini terdiri daripada 6 episod dan akan ditayangkan pada 3 Julai 2023 setiap hari Isnin pada jam 10.00 malam melalui tonton.com.my dalam format HD. Mat Dan akan menjalankan enam misi yang akan membawa penonton untuk menyaksikan ancaman semula jadi yang berlaku di negara ini. Beliau juga akan berinteraksi dengan penduduk tempatan untuk memahami peranan mereka dalam pembangunan negara.

Mat Dan merupakan seorang pengembara asal England yang telah menetap di Malaysia sejak 2009. Beliau terkenal dengan kemahiran bertutur dalam bahasa Melayu dengan dialek Terengganu. Mat Dan jatuh cinta dengan keunikan budaya dan alam semula jadi Malaysia sehingga mendapat status sebagai penduduk tetap di Terengganu pada tahun 2018.

Misi Mat Dan memberikan tumpuan kepada mencari penyelesaian untuk menjaga Malaysia sebagai negara yang kaya dengan flora dan fauna yang memikat pelancong dari dalam dan luar negara.

Dalam misi pertama, Mat Dan melawat Taman Negara, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, dan Pusat Konservasi Hidupan Liar di Sungkai, Perak. Beliau membincangkan isu pemburuan haram yang mengancam populasi Harimau Malaya, kehilangan habitat gajah akibat perangkap yang membawa kepada kecederaan serius, serta masalah yang merosakkan ekosistem alam akibat aktiviti manusia yang tidak bertanggungjawab.

Salah satu misi Mat Dan juga membawa beliau ke Pulau Redang, Terengganu untuk mengkaji pencemaran sampah yang merosakkan perairan, pantai, dan kehidupan akuatik. Isu ini turut menjejaskan pendapatan masyarakat setempat yang bergantung kepada sumber laut.

Pengalaman seperti ini memberikan pendekatan kepada generasi sekarang untuk memahami kepentingan alam sekitar, sungai, dan hutan sebagai habitat untuk kehidupan liar. Ia penting untuk memastikan kelestarian hidupan ini bagi generasi akan datang dan menghargai alam sekitar agar ia tidak hilang akibat kemodenan yang tidak terkawal.

Misi Mat Dan

Tarikh: 3 Julai 2023
Hari: Isnin, 10.00 malam
Siaran: TV9

Related Articles

Back to top button