TelefilemTV9

Telemovie Wan Embong

Telemovie Wan Embong akan ditayangkan pada Sabtu, 18 September 2023, pukul 8:30 malam di TV9.

Sinopsis Wan Embong

Mengisahkan tentang Wan Embong yang terpaksa berkahwin dengan Omar, sebagai isteri ketiga. Walaupun tidak bersetuju, namun Wan Embong terpaksa redha dengan perkahwinan ini demi melangsaikan hutang sewa rumah ayahnya, Manap.

Kehadiran Wan Embong kurang disenangi oleh madu pertamanya Seri. Walau bagaimanapun, madu keduanya iaitu Cempaka gembira menerimanya sebagai madu ketiga. Seri sering bersikap dingin dengan Wan Embong, apatah lagi apabila melihat Cempaka semakin rapat dengan madu mereka itu.

Cempaka sering membawa Wan Embong berjalan-jalan sekitar kampung untuk menenangkan hatinya. Suatu hari ketika bersiar-siar, Wan Embong bertemu dengan seorang jejaka tampan bernama Ali. Wan Embong semakin rapat dengan Ali dan Cempaka pula menyokong hubungan mereka berdua.

Hubungan Wan Embong dan Ali semakin intim dan Cempaka pula sering menemani mereka dan merahsiakan pertemuan pasangan ini daripada orang lain terutamanya Seri. Namun, setelah sekian lama, akhirnya Omar menghidu hubungan sulit isteri ketiganya itu. Tanpa soal selidik, Omar telah memukul kedua-dua mereka dengan teruk sekali. Siapakah dalang yang telah memberitahu Omar tentang perkara ini? Siapakah musuh sebenar Wan Embong? Adakah ianya Seri ataupun Cempaka? Bagaimana pula nasib yang menimpa Wan Embong dan Ali?

Pelakon Wan Embong

Neelofa, Faizal Hussein, Johan As’ari, Vanidah Imran, Izreen Azminda, Dato Rahim Razali

Related Articles

Back to top button