Filem2020sTonton

Filem Impak Maksima Underground (2023)

Filem Impak Maksima Underground akan ditayangkan pada 15 November 2023 di Tonton.

Sinopsis Impak Maksima Underground

Mengisahkan perjalanan seorang pemuda iaitu Rudy yang amat meminati sukan permotoran jenis drift. Cita-citanya adalah untuk menjadi seorang drifter profesional. Dia tekad untuk merealisasikan impian ini sehingga sanggup bermula dari bawah sebagai pembantu am kepada Abang Moe di Aylezo Speedzone & Speedway, sebuah trek Go Kart dan akademi sukan permotoran.

Rudy juga bijak mengambil peluang. Selain melaksanakan tanggungjawabnya untuk menguruskan premis tersebut, Rudy juga sering memberi tumpuan kepada kelas drift yang dijalankan oleh drifter profesional yang mesra disapa sebagai Abang Johan.

Pelbagai cabaran menanti Rudy dalam perjalanannya untuk menggapai impian. Dia juga mengetahui kewujudan pertubuhan lumba kereta rahsia yang dinamakan Impak Maksima Underground. Wang dan kekayaan tidak menjamin undangan ke perlumbaan kereta anjuran pertubuhan ini. Sebaliknya, kredibiliti pemandu menjadi keutamaan.

Pelakon Impak Maksima Underground

Syafi Tee, Ismail Izzani, Nia Atasha, Juzzthin, Cat Farish, Zul Huzaimy, Ucop

Related Articles

Back to top button