DramaTV Okey

Drama Wasiat Dari Jordan

Sinopsis Wasiat Dari Jordan

mengisahkan tentang watak Dato’ Nasir, seorang ahli korporat berjaya, memiliki segalanya dalam hidup bahagia seperti keluarga lain. Namun segalanya berubah bila suatu hari doktor mengesahkan dia menghidap kanser.

Ketika itu isterinya Khadijah terjumpa sekeping draf wasiat yang telah mengubah sikap isteri dan anak-anaknya. Pada masa sama hakikatnya mereka tidak dapat menerima kenyataan Dato’ Nasir mempunyai keluarga lain dan menuduhnya mengkhianati mereka selama ini.

Bermulalah cabaran, dugaan dan pelbagai usaha Dato’ Nasir menghadapi tentangan isteri dan anak-anaknya terutama Hamzah, satu-satunya anak lelakinya. Hamzah membawa diri ke Jordan dan Dato’ Nasir pula kini meminta Sumayah (anak tirinya) untuk memujuk Hamzah pulang ke Malaysia bagi menyelesaikan segala kekusutan dalam keluarga besar mereka.

Hamzah yang mula jatuh hati dengan Sumayah bersetuju untuk balik ke Malaysia dan berhasrat untuk memulakan perhubungan lebih serius dengan Sumayah. Namun Hamzah sekali lagi rasa tertipu setelah menyangka Sumayah adalah adik kandungnya setelah terjumpa foto ayahnya dengan keluarga Sumayah.

Berjayakah Sumayah memujuk Hamzah pulang ke Malaysia untuk kali kedua?

Pelakon Wasiat Dari Jordan

Aprena Manrose, Hazman Al-Idrus, Badrul Muhayat, Liza Rafar, Nisa Rissa, Shajiry, Fara Nadiah, Alif Muhaimin, Alif Hadi, Zalfa Zin, Khayrisyah Kemal

Drama Wasiat Dari Jordan

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 15 November 2020
Hari: Isnin – Ahad, 10 malam
Siaran: TV Okey RTM

Related Articles

Back to top button