DramaSlot Lestary TV3

Drama Anak Sena

Sinopsis Anak Sena

Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan. Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’.

Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya.

Pelakon Anak Sena

Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik, Habeeb Rasely, Syarafi Sudarmaji, Sera Melissa, Akmal Ahmad, Edaman Othman, Zuhairah Zainodin, Azwan Ali, Danish Iskandar

Drama Anak Sena

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 26 Ogos 2021
Hari: Rabu-Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button