DramaAstro Ria

Drama The Hotel

Sinopsis The Hotel

Mengisahkan tentang Raisa seorang gadis yang tinggal bersama ibunya, Maya yang memiliki salah sebuah empayar perniagaan terbesar di negara ini.

Hidup dalam kemewahan, Raisa sebenarnya mempunyai sifat psikopat di mana dia sukar memahami emosi dan segala tindak-tanduknya berdasarkan kehendak semata-mata sehingga dia mampu untuk membunuh. Sean muncul sebagai penghuni baru di hotel mewah di kediaman Raisa.

Walaupun seusia dengan Raisa, Sean mengakui yang dirinya pakar bedah dan ini amat dicurigai oleh Raisa. Cerita Sean sentiasa berubah-ubah. Sean, si pembohong patologi, jatuh cinta dengan Raisa dan harus memutuskan dia setia kepada Raisa atau menyerahkannya sebelum dia bunuh lebih banyak orang yang tidak bersalah.

Apakah pengakhiran kisah cinta pembunuh psikopat, Raisa dan pembohong patologi, Sean? Adakah hubungan tersebut mampu bertahan walaupun salah seorang daripada mereka terlibat dengan kes pembunuhan?

Pelakon The Hotel

Mira Filzah, MK K-Clique, Sean Lee, Natasha Elyzza, Azhar Amir, Farah Ahmad, Nabil Aqil, Asha Merican, Yasmin Hani, Eina Azman, Daler Yusuf, Alif Hadi, Ku Faridah, Amir Nafis

Drama The Hotel

Jumlah Episod: 24
Tarikh: 15 September 2021
Hari: Isnin-Khamis, 10:00 malam
Siaran: Slot MegaDrama Astro Ria

Related Articles

Back to top button