DramaTV3

Drama Checklist Mr Right

Sinopsis Checklist Mr Right

Nina Suraya ialah seorang ‘instafamous’ yang bercita-cita untuk menjadi penulis skrip. Dalam cerita ini, dia gagal mendedahkan kecurangan Zach kerana warga net lebih memihak kepada Zach. Video pergaduhannya dengan Zach tular di media sosial dan Nina menerima kecaman hebat sehingga dia memutuskan untuk melawat sepupunya, Niesa di Johor Bahru.

Nina ingin menutup hatinya dan tidak percaya lelaki idamannya akan wujud dalam realiti. Niesa memberitahu Nina untuk membuat senarai ciri-ciri lelaki idamannya dan membawanya ke pantai untuk memberikan botol kaca. Niesa mencadangkan agar Nina menulis nota tentang lelaki idamannya dan membuang botol itu ke dalam laut kerana lelaki tersebut hanya wujud dalam dunia fiksyen. Namun, Nina berasa kekeliruan apabila bertemu dengan seorang lelaki misteri yang memenuhi semua kriteria yang dicatatkan di dalam nota tersebut.

Pelakon Checklist Mr Right

Harris Baba, Adli Ihsan, Afifah Nasir, Izzat Mushtaq, Wafiy Ann, Iman Zulkarnaian, Eyka Farhana, Atiq Azman, Intan Nor Saina, Jad Hidir, Iqbal Rusli, Nelissa Nizam, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Ikhsan Saleh, Intan Ladyana, Zalfa Zin, Amy Mastura.

Drama Checklist Mr Right

Jumlah Episod: 12
Tarikh: 25 Ogos 2021
Hari: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Siaran: TV3

Related Articles

Back to top button