DramaSlot Ratu TV9

Drama Setitis Kasih Darmia

Sinopsis Setitis Kasih Darmia

Mengisahkan kehidupan gadis bernama Darmia yang kehilangan kasih ibu dan terjebak dengan perkahwinan yang dia sendiri tidak rela. Lelaki yang bernama suami meninggalkannya kerana maruahnya tercalar. Mujur ada Opah dan Haliza sepupunya.

Tawaran sambung belajar yang ditawar oleh Haliza disambut gembira oleh Darmia. Namun, lelaki bernama Khairul Amir yang pernah melafaz ijab kabul kepadanya merangkap kekasih dan majikan Haliza membuat hidupnya haru biru. Lelaki itu muncul dengan dendam yang tidak dilupakan. Rahsianya harus disimpan sebaik mungkin. Buatlah apa sahaja, Darmia rela agar Haliza tidak disakiti.

Dalam benci datang kasih. Jauh Darmia pergi, semakin kuat Khairul Amir mengejar dan rahsia yang terpendam selama ini terbongkar jua. Kasih Haliza pada Darmia juga berkecai. Khairul Amir nekad, biar hilang segalanya di dunia, setitis kasih Darmia terus dinanti.

Pelakon Setitis Kasih Darmia

Nelydia Senrose, Sharnaaz Ahmad, Josiah Hogan, Zarynn Min, Puteri Chi Chi, Fauziah Nawi, Liza Abdullah, Azizah Mahzan, Nasir Bilal Khan, Kazar

Drama Setitis Kasih Darmia

Jumlah Episod: 14
Hari: Selasa-Rabu
Siaran: Slot Ratu Tv9

Related Articles

Back to top button