DramaAstro Mustika

Drama Sehangat Asmara

Drama Sehangat Asmara merupakan adaptasi dari novel karya Aisya Sofea dan disiarkan di Astro Mustika HD mulai 7 Januari 2013. Skrip untuk drama ini ditulis oleh Rozie Rashid dan Eenaz Mokhtar, manakala pengarahnya adalah Feroz Kader. Drama ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Sinopsis Sehangat Asmara

Kamilia Najwa atau Kay, seorang gadis sosial, melanjutkan pelajarannya di London dan bertemu dengan Zainal Arief. Zainal telah jatuh cinta dengan Kay dan ingin mengubah hidup Kay yang sering melayang dalam dunia sosialnya. Mereka berkahwin di luar negara, tetapi perkahwinan mereka tidak mendapat persetujuan keluarga. Zainal kembali ke Malaysia terlebih dahulu, namun menghilang tanpa berita meninggalkan Kay yang sedang mengandung anak mereka di luar negara. Kay merindui Zainal, namun suaminya tetap tidak muncul. Keluarga membawa Kay pulang ke Malaysia dan memaksa Kay untuk melupakan Zainal.

Pelakon Sehangat Asmara

Afzan Rahman, Izreen Azminda, Adi Putra, Nur Fureena, Shahrizal Jaszle, Rita Rudaini.

Drama Sehangat Asmara

Jumlah Episod: 35
Hari: Isnin-Rabu
Siaran: Astro Mustika HD

Related Articles

Back to top button