DramaAstro Ria

Drama Ramadan Pertama Edi

Sinopsis Ramadan Pertama Edi

Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin. Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist. Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Di rumah itu juga, Edi dikejutkan dengan beberapa rahsia keluarga Nad. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Pelakon Ramadan Pertama Edi

Redza Rosli, Mimi Lana, Aznil Haji Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Lisa Surihani, Raja Azura

Drama Ramadan Pertama Edi

Jumlah Episod: 8
Tarikh: 31 Mac 2021
Hari: Rabu, 9.30 malam
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button