DramaTonton

Drama Leha, Leya Lawa

Drama Leha, Leya Lawa akan ditayangkan pada 29 April 2024 di Tonton.

Sinopsis Leha, Leya Lawa

Mengisahkan tentang Leha, seorang gadis yang berusia 30an kekal teguh, berdikari dan kuat dalam meneruskan legasi bisnes arwah ibunya, butik pengantin di kampung.

Leha mempunyai seorang adik, Leya yang merupakan seorang yang manja dan kuat merajuk. Leha dan Leya sama-sama mengusahakan butik pengantin peninggalan arwah ibunya dan masing-masing mempunyai kepakaran tersendiri seperti Leha pakar dalam bidang solekan serta reka bentuk manakala Leya pula mempunyai kepakaran dalam bidang masakan dan dekorasi.

Leya sedang hangat bercinta dengan Jangkho seorang anak muda yang terpengaruh dengan cara pemakaian K-Pop. Leya dan Jangkho mempunyai persamaan dari segi citarasa dan minat tetapi hubungan mereka terganggu dengan kehadiran Rahmah, bekas kekasih Jangkho.

Kehadiran John dalam hidup Leha pada mulanya dianggap sebagai satu musibah, namun lama kelamaan mereka mula jatuh cinta. Kisah cinta mereka terganggu akibat pelbagai konflik yang dihadapi, tambahan mereka juga turut mempunyai jurang perbezaan umur yang jauh. Berjayakah Leha menamatkan zaman bujangnya? Apakah nasib yang bakal menimpa adik-beradik ini?

Pelakon Leha, Leya Lawa

Bella Astillah, Didi Astillah, Muaz Zabir, Ezaidi Aziz, Shaza Bae, Hazeeq Dean, Carissa Azhar, Amyza Aznan, Fathil Dani, Ropie, Wan Gegau, Amanda Tan, Ahmad Adly, Faizul Syaharin

Drama Leha, Leya Lawa

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 29 April 2024
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button