DramaSlot Lestary TV3

Drama Mentua

Drama Mentua akan ditayangkan pada 24 Ogos 2024, Khamis – Sabtu, 9:00 malam di slot Lestary TV3.

Sinopsis Mentua

Mengisahkan Azizah, seorang ibu dan isteri yang dominan, merasa terancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia, yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir. Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dan sentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya, “When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstil yang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yang dianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Emilia mempunyai hampir 90% persamaan karakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan. Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka. Mampukah Azizah menyingkirkan Emilia?

Pelakon Mentua

Fauziah Ahmad Daud, Syarul Ezani, Elizad Sharifuddin, Apich Lo, Dayang Areeda, Raden Zaharatul, Hanna Aqeela, Datuk Jalaluddin Hassan, Farahdhiya, Dzul Hadziq, Erry Putra, Farhan Asri, Jaja Iliyes, Jasper Supayah, Nasir Jani, Zarynn Min

Drama Mentua

Jumlah Episod: 15
Tarikh: 24 Ogos 2024
Hari: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button