DramaSlot Akasia TV3

Drama Dulu Dollah Daebak

Drama Dulu Dollah Daebak akan ditayangkan pada 8 Ogos 2024, Isnin – Jumaat, 7:00 malam di slot Akasia TV3.

Sinopsis Dulu Dollah Daebak

Dollah dan Dolli berkawan rapat ketika zaman kanak-kanak. Dolli sukakan Dolah kerana pekertinya baik. Mereka pernah berjanji untuk berkahwin dewasa kelak. Mereka terpaksa berpisah kerana keluarga Dollah berpindah ke Kuala Lumpur.

Daripada berwajah tampan dan menjadi idaman wanita, Dollah telah bertukar selekeh. Semuanya gara-gara dia bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat sejuk beku dan sering menjadi mangsa buli bos lama serta rakan sekerjanya.

Dolli mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia setelah bertahun menetap di Australia. Dolli gigih mencari pekerjaan dan pada masa yang sama cuba menjejaki kembali Dollah.

Tanpa disedari Dollah, Dolli akhirnya menjadi bos kepadanya. Dolli tidak mengenali Dollah kerana penampilannya yang berbeza dan juga nama panggilannya yang lain di pejabat.

Dollah terkejut dengan kehadiran Dolli namun mengambil keputusan untuk berdiam diri kerana malu dengan perbezaan dirinya.

Pelakon Dulu Dollah Daebak

Sean Lee, Sharifah Rose, Riena Diana, Farez Ridzwan, Sera Melissa, Syazuwan Hassan, Kenji Sawahi, Norish Karman, Amyza Aznan, Zizan Nin, Afifah Nasir, Sazrin Aizul, Kitt Poon, Dr Katalina, Adrianna Qasmia, Tou Kyzer, Malaeka Humaira

Drama Dulu Dollah Daebak

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 8 Ogos 2024
Hari: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button