DramaTonton

Drama Perempuan Ilmu Hitam

Drama Perempuan Ilmu Hitam akan ditayangkan pada 29 Februari 2024, Khamis di Tonton.

Sinopsis Perempuan Ilmu Hitam

Tiga remaja yang bernama Azhar, Bakry dan Cairyl daripada keluarga korporat yang ternama di Malaysia. Setelah mula berjinak-jinak dengan pornografi, ketiga-tiga mereka ini telah mengalami ketagihan seksual. Remaja berusia belasan tahun telah menjadi sasaran demi memuaskan nafsu mereka.

Bagi memudahkan kegiatan mereka ini, Azhar telah mendesak anak pemandu kepada bapanya, Nasrun, untuk melaksanakan aktiviti ‘memburu’ (hunting game). Aktiviti ini telah menjadikan Lisa, Afifah dan Sara sebagai mangsa. Gadis-gadis ini telah dirogol secara beramai-ramai. Lebih malang lagi, dek rasuah, nasib mereka ini tidak terbela. Setelah kejadian tersebut, Sara telah mengalami tekanan perasaan. Dia berhenti bercakap dan mengalami kemurungan.

Setelah tujuh tahun berlalu, Inspektor Syamil tetap kekal nekad untuk mendapatkan keadilan bagi kes ini masih meneruskan penyiasatan. Lisa kini menggalas tanggungjawab sebagai pekerja sosial. Dia berdepan dengan kes seorang remaja orang asli yang bernama Bayu yang telah menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki. Lisa cuba sedaya upaya untuk memulihkan semangatnya.

Inspektor Syamil dan Lisa bertungkus-lumus untuk mencari dalang di sebalik kejadian yang menimpa Bayu. Siasatan tersebut telah merungkai situasi yang lebih rumit. Lisa mula sedar bahawa Nasrun telah dipergunakan oleh Azhar dan rakan-rakannya untuk mencari mangsa baharu.

Lisa telah mendesak Afifah untuk bekerjasama dengan Mbah Ngai bagi membantunya menyiasat kes ini dengan lebih mendalam. Desakan ini bukan mudah untuk diterima oleh Afifah yang telah cuba sedaya upaya untuk melupakan kisah pahit yang lalu itu. Pada mulanya, dia telah menolak permintaan Lisa ini.

Namun, apabila cucu ketua kampung mereka, Siti, juga menjadi mangsa baharu, Afifah tekad untuk menuntut keadilan. Caranya lebih ‘halus.’ Maka, bermulalah misi membalas dendam dengan cara seruan syaitan. Apakah yang bakal terjadi?

Pelakon Perempuan Ilmu Hitam

Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Didie Alias, Nazim Othman, Josiah Hogan, Zaki Azeman, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim, Shah Farid, Rasyid Jaafar, Nur Qaseh Shuhada, Nurul Fazreyna

Drama Perempuan Ilmu Hitam

Jumlah Episod: 10
Tarikh: 29 Februari 2024
Hari: Khamis
Siaran: Tonton

Related Articles

Back to top button