DramaTV Okey

Drama PA Lelaki Kerek

Sinopsis PA Lelaki Kerek

Kebahagiaan Tengku Irfan Haiqal diragut selepas dia terlibat dalam satu kemalangan. Dia menyimpan perasaan benci dan dendam. Kehadiran Irdina Asyikin telah merubah keseluruhan hidupnya. Gadis itu suka melawan, degil dan tidak mendengar kata. Ada saja alasan yang diberi oleh gadis itu.

Bagi Irdina Asyikin, menjadi pembantu peribadi kepada Tengku Irfan Haiqal tidak semudah yang disangka. Pemuda itu seorang yang ‘kerek’, poyo dan suka berubah angin. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia melayan kerenah lelaki ‘kerek’ itu. Selama beberapa bulan menjadi pembantu peribadi, Irdina Asyikin dikhabarkan dengan satu kebenaran. Sejak dari itu, dia dirantai dan diperhatikan. Demi satu pembebasan, perjanjian perlu dibuat.

Perjanjian apakah yang dibuat oleh Irdina Asyikin? Berjayakah Irdina Asyikin membebaskan diri? Dapatkah Tengku Irfan Haiqal menuntut keadilan buat dirinya sendiri?

Pelakon PA Lelaki Kerek

Johan As’ari, Jasmine Suraya, Syafie Naswip, Wan Sharmila, Afifah Nasir, Adi Putra, Khairil Anwar Aman, Sazrin Aizul, Mak Wan, Shyrim Husni, Shajiry

Drama PA Lelaki Kerek

Jumlah Episod: 26
Tarikh: 4 Mei 2022
Hari: Selasa-Jumaat, 2.30 Petang
Siaran: TV Okey

Related Articles

Back to top button