DramaAstro Ria

Drama One Million Dollar Voice

Drama One Million Dollar Voice akan bersiaran pada 28 Ogos 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam, di Astro Ria.

Sinopsis One Million Dollar Voice

Berkisar tentang kru produksi dan peserta dalam sebuah pertandingan realiti yang pernah terkenal, tetapi kini semakin dilupakan oleh penonton. Dalam situasi tekanan, penerbit TJ berusaha untuk mendapatkan semula martabatnya dan meneruskan rancangan tersebut, walaupun dengan risiko apa pun.

Siri ini juga mendedahkan alasan di sebalik penyertaan peserta yang bertarung untuk memenangi hadiah wang sejuta dolar.

Salah satunya ialah Ali, yang ingin melepaskan diri daripada pengaruh kumpulan kriminal lama dan berkahwin dengan pilihan hatinya, yang juga merupakan anak anggota polis.

Zana, pula berusaha membebaskan diri dari masa lalunya sebagai pekerja seks dan berhasrat untuk menang dalam pertandingan demi mendapatkan wang tunai.

Joe, yang berperanan sebagai seorang yang berhutang, cuba menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya dengan mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pelakon One Million Dollar Voice

Zarul Umbrella, Bee Aishah, Amelia Henderson, Naufal Azrin, Layla Sania, Sean Lee, Neeta Manisha, Roy Azman, Datin Nina Juren, Uriah SK, Tracie Sinidol, Emma Maembong, Ben Amir, Ezra Kairo, Lah Ahmad

Drama One Million Dollar Voice

Jumlah Episod: 24
Tarikh: 28 Ogos 2023
Hari: Isnin – Khamis, 10.00 malamm
Siaran: Astro Ria

Related Articles

Back to top button