DramaSlot Akasia TV3

Drama My Lovely Driver

Drama My Lovely Driver akan ditayangkan pada 16 Februari 2024, Isnin – Jumaat, 7:00 malam di Slot Akasia TV3.

Sinopsis My Lovely Driver

Mengisahkan tentang Adly yang masih trauma dengan kejadian kemalangan yang dialaminya lima tahun lepas dan melibatkan kematian seorang wanita. Kejadian ini menyebabkan dia sukar untuk memandu dan menyebabkan Adly menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk kemana-mana sahaja. Ketika Adly ingin menggunakan khidmat pemandu kereta sendiri itu, dia juga telah berkenalan dengan Sam.

Sam mempunyai banyak tanggungan di rumah, termasuk tanggungjawab untuk melunaskan hutang arwah ayahnya sehingga dia terpaksa mencari kerja tambahan. Sam tekad untuk menambah pendapatannya dan tidak boleh hanya bergantung kepada perniagaan atas taliannya. Jojo memberi sokongan kepada Sam untuk menjadi pemandu E-hailing sepenuh masa sementara Jojo membantu perniagaannya.

Pertemuan pertama Adly dan Sam sebagai pemandu dan penumpang bagaikan sebuah takdir untuk mereka apabila Adly berasa selesa dengan kehadiran Sam dalam hidupnya. Dia telah mengupah Sam untuk menjadi pemandu peribadinya dan di samping itu Adly juga dapat mempelajari lebih banyak mengenai perniagaan daripada Sam. Adakah akan ada sesuatu di antara mereka? Dapatkah Adly pulih daripada trauma dengan kehadiran Sam?

Pelakon My Lovely Driver

Hisyam Hamid, Trisha Ooi, Razzuan Rosli, Silfeny Osman, Sefik Khair, Faye Kusairi, Sera Melissa, Izzendra, Kween Keela, Azza Elite, Ameerul Asyraf, Wanns Ahmad, Affizy Khairy, Wan Raja

Drama My Lovely Driver

Jumlah Episod: 20
Tarikh: 16 Februari 2024
Hari: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Siaran: Slot Akasia TV3

Related Articles

Back to top button