DramaSlot Lestary TV3

Drama Gadis Muzikal

Drama Gadis Muzikal akan ditayangkan mulai 17 Ogos 2023, pada hari Khamis hingga Sabtu, pada pukul 9:00 malam di Slot Lestary TV3.

Sinopsis Gadis Muzikal

Lima gadis dengan latar belakang yang berbeza, yang berusaha mencapai impian menjadi penyanyi terkenal. Shikin, gadis kampung dengan impian besar, rekamannya dinaikkan oleh rakan baiknya, Ezad, namun dia rahsiakan wajahnya kerana penentangan keluarganya. Afia, rakan Shikin, cantik tetapi sering dibuli kerana sifatnya. Melly, bijak dan berbakat, hadapi cabaran paras rupanya. Una, pekerja kedai serbaneka dan ibu tunggal, ingin menyara keluarganya dengan menjadi penyanyi rock. Lulu, tampak angkuh, turut menyertai.

Miss Jay, wakil syarikat rakaman, mencari bintang muda untuk kumpulan Angelz. Iklan uji bakat diiklankan dan Shikin, Afia, Una, Lulu, serta Melly mohon. Dipilih untuk program realiti, mereka tinggal bersama dan lalui pelbagai tugas dan misi setiap minggu. Bagaimana perjuangan mereka mencapai impian dan menjalani cabaran dalam rumah yang sama?

Pelakon Gadis Muzikal

Hafreez Adam, Serene Claire, Zuhairi Ibrahim, Azza Elite, Aqmal Ramdan, Fauziah Ahmad Daud, Khodi, Mark Adam, Tika Nasir, Fiza Thomas, Aisha Retno, Ani Maiyuni, Nadia Kesuma, Izzrin Irfan, Fauziah Latiff, Rahmad Mega, Halmey Hamdah

Drama Gadis Muzikal

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 17 Ogos 2023
Hari: Khamis – Sabtu, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button