DramaSlot Lestary TV3

Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Sinopsis Lelaki Lingkungan Cinta

Mengisahkan Adib, seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya. Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.

Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri.

Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya.

Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?

Pelakon Lelaki Lingkungan Cinta

Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil, Aisar Khaled, Chemat Raja Lawwk, Nazeera Sardi, Mas Anizan, Aresya Rania, Ummar Dzariff

Drama Lelaki Lingkungan Cinta

Jumlah Episod: 13
Tarikh: 21 Oktober 2020
Hari: Rabu-Jumaat, 9:00 malam
Siaran: Slot Lestary TV3

Related Articles

Back to top button